Analisis BMC FedEx
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC CARPUT
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.

Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #6 – Accounting Equation

Antara aspek yang penting dalam accounting equation adalah aset, ekuiti dan liabiliti.  Dengan aset, ekuiti dan liabiliti ini, accounting equation  yang paling asas  menerangkan apa yang restoran miliki dan apa yang melibatkan pinjaman atau hutang.

Antara aspek yang penting dalam accounting equation adalah aset, ekuiti dan liabiliti.  Dengan aset, ekuiti dan liabiliti ini, accounting equation  yang paling asas  menerangkan apa yang restoran miliki dan apa yang melibatkan pinjaman atau hutang.

Aset, Liabiliti dan Ekuiti

Aset dalam perniagaan kedai makan dan restoran termasuk wang tunai, account receivable, barangan, tanah, bangunan, inventori makanan dan minuman dan juga pelaburan yang dibuat.

Aset boleh diberikan atau disediakan oleh pemilik atau didapatkan melalui hutang dari bank atau pemberi pinjaman (owners and lenders).

Aset yang disediakan oleh pemilik dipanggil ekuiti.  Aset yang diperolehi secara pinjaman  / hutang adalah liabiliti.

Accounting Equation

Asas Accounting equation  yang paling asas, menerangkan apa yang restoran miliki vs hutang:

 

Accounting Equation
Accounting equation yang paling asas:

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

Jika hutang kedai makan dan restoran (liabiliti) ditolak dari aset:

Aset – Liabiliti = Ekuiti Pemilik

 

Asas Penyata Kewangan

Asas penyata kewangan (balance sheet) – aset hendaklah sama nilai dengan (balance against) liabiliti dan (+) ekuiti pemilik.  Kita gunakan contoh Warung Terlolap Mato  dan Kak Ya sebagai pemiliknya.

Katakan Kak Ya ada wang tunai RM 5,000.  Kak Ya gunakan RM 5,000 ini sebagai modal (capital) untuk membuka kedai makan:

               KEDAI MAKAN TERLOLAP MATO
               -------------------------

     Aset          =         Ekuiti Pemilik
  Cash RM 5,000          Modal Kak Ya RM 5,000

OK, Kak Ya sewa bangunan kedai makan katalah dengan harga RM 700 sebulan untuk tiga (3) bulan berjumlah RM 2,100. Ini bermakna cash telah berkurangan (RM 5,000 – RM 2,100 = 2,900).  Jadi bagaimana kesan transaksi ini dalam asas perakaunan? Mari tengok ni…

     Aset          =       Ekuiti Pemilik
 Cash RM 2,900          Modal Kak Ya RM 5,000
       + 
 Sewa RM 2,100

Katakan, Kak Ya beli set dapur dengan harga RM 5,000 tapi duit cash tinggal RM 2,900 je, Kak Ya hutang la bayar down payment RM 1,000. Jadi cash tinggal RM 1,900 dan hutang RM 4,000 (notes payable):

   Aset          =     Liabiliti    +    Ekuiti
Cash   RM  1,900   Notes Payable       Modal Kak Ya
                      RM 4,000              RM 5,000
Sewa   RM  2,100
Dapur  RM  5,000
       ---------
Jumlah RM  9,000 =    RM 4,000      +       RM 5,000
       =========      ========              ========

Kan ke balance tu aset dengan liabiliti + ekuiti.  So penyata kewangan / balance sheet yang disediakan rupanya lebih kurang macam ni:

ASET                 LIABILITI
         (RM)                                 (RM)
 Cash   1,900.00      Notes Payable        4,000.00
 Sewa   2,100.00
 Dapur  5,000.00     EKUITI PEMILIK
                      Modal Kak Ya         5,000.00
        --------                           --------
 Jumlah 9,000.00      Jumlah liabiliti     9,000.00
 Aset   ========      dan Ekuiti Pemilik   ========

 

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026

Analisis BMC Mie Gacoan

Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More

Julai 12, 2026