SWOT untuk Pertumbuhan Perniagaan
SWOT untuk pertumbuhan perniagaan ialah peta jalan ke arah penskalaan mampan. Ia mengubah tindakan reaktif kepada strategi proaktif dan membolehkan perniagaan menjangka gangguan sebelum ia berlaku.
Kuasai Ekonomi untuk Usahawan
Idea ekonomi asas boleh mengubah cara kita melihat keputusan. Inilah inti kepada Ekonomi untuk Usahawan, di mana teori ekonomi dijadika alat perniagaan.
101 Contoh BMC #061 – Analisis BMC HokBen
Analisis BMC HokBen ini membongkar bagaimana syarikat menyusun model perniagaannya untuk mengekalkan pertumbuhan sambil mengimbangi inovasi dan tradisi.
Business Strategy

Kajian Pasaran dengan Keyword Planner

 

Kali ini kita akan buat kaji pasaran dengan Google AdWords – Google Keyword Planner.

Sebelum ini kita dah sentuh tentang kajian  pasaran bagi mengenal pasti permintaan terhadap produk dan perkhidmatan anda di Internet. Kita tahu bahawa passion sahaja tidak mencukupi jika produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tiada permintaan.

Jadi macam mana kita hendak mengetahui tentang adanya permintaan tersebut? Jawapannya mudah. Hendak  menjalankan bisnes online atau perniagaan Internet, maka jawapanya adalah kita jalankan kajian di Internet.

Selain daripada kita melihat produk-produk popular seperti di Amazon atau pun Ebay, kita juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Google iaitu Google AdWords: Keyword Planner.

GOOGLE ADWORDS

Google AdWords merupakan salah satu perkhidmatan berbayaryang disediakan oleh Google bagi tujuan pengiklanan.  Senang cerita, dengan Google AdWords ini, kita boleh pilih keyword atau kata kunci tertentu di mana jika kata kunci ini di cari melalui Google search engine, keputusan carian akan memaparkan laman web yang kita iklankan.

Contohnya, jika kita search kata kunci “prepaid” melalui enjin carian Google, keputusan carian adalah seperti berikut:

Di sini kita boleh lihat, keputusan carian memaparkan laman web penyedia perkhidmatan prepaid yang membuat pengiklanan melalui Google AdWords dipaparkan di atas sekali.  Tidakkah kita mahu laman web anda ditemui di muka hadapan sekali keputusan carian?

Atau kita tak kisah jika dipaparkan di muka yang ke dua puluh enam (26) atau entah ke lapan puluh tujuh (87)? Kita juga boleh gunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan kajian pasaran dan permintaan di Internet.  Tools “Keyword Planner” boleh digunakan bagi tujuan ini.

GOOGLE ADWORDS: KEYWORD PLANNER

Keyword Planner pula merupakan salah satu tool yang boleh digunakan di Google Adwords.  Ia digunakan untuk mencari idea dan memilih keyword atau kata kunci yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Dalam masa yang sama kita juga boleh semak kata-kunci yang banyak dicari dalam enjin carian Google.  Logiknya, lagi banyak kata kunci yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan ini dicari di Google, kita pasti faham bahawa ia memang banyak permintaan!  Apa tunggu lagi.. mari kita gunakan tools dari Google ini untuk menjalankan kajian pasaran & permintaan.

 

DAFTAR AKAUN GOOGLE

Google Adwords – Keyword Planner ini memerlukan akaun Google sebelum menggunakanya.  kalau kita dah ada akaun Gmail atau Google+, kita boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama bagi menggunakan Google AdWords ini.

LOGIN KE GOOGLE ADWORDS

Login jika kita dah ada akaun daripada Google seperti akaun Gmail atau Google+.  Gunakan sahaja akaun yang sama di laman Google AdWords ini.

1) Search “Google Keyword Planner” di enjin carian Google atau buka terus https://adwords.google.com atau https://adwords.google.com/KeywordPlanner/ dan klik “Sign in

 

2) Masukkan akaun Google atau Gmail yang kita daftar sebelum ini:

 

3) Selepas anda klik butang “Sign in” di (1), laman berikut akan dipaparkan.  Masukkan informasi seperti di bawah.  Pada “Enter your email” tu masukkan la alamat email korang.. jangan pulak tiru sebijik kat bawah ni:

 

Tekan “Save and continue”

4) Laman Google AdWords akan dipaparkan seperti berikut:

 

PENGUNAAN GOOGLE ADWORDS: KEYWORD PLANNER

Ok sekarang kita hendak jalankan kajian permintaan pasaran & permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang hendak kita tawarkan.

Contoh kali ini adalah saya hendak menjalankan perniagaan berkaitan dengan telekomunikasi iaitu OneXOX. Perkhidmatan telekomunikasi prabayar terkini antara yang memberi penjimatan terhebat dalam pasaran.  Tiada iklan-iklan yang mengelirukan dan juga caj tersembunyi.

Check website ni untuk maklumat lanjut:

http://onexox.datalead.com.my

(Nota: dah down. ok nanti kita update lain..).

STEPS

Adakah perkhidmatan prepaid OneXOX ini ada permintaan? Mari kita jalankan kajian melalui Google AdWords tool iaitu Keyword Planner.

1) Klik pada menu “Tools” seperti di bawah dan pilih “Keyword Planner“:

 

2)  Tool Keyword Planner akan dipaparkan seperti berikut:

 

3) Pilih dan klik “Search for new keywords or group them into ad groups

 

4) Isikan maklumat “Your product or services“, “Your landing page“, “Your product category“:

 

Pada “Your product or service” masukkan kata kunci yang hendak anda cari. Contohnya “prepaid”, “prabayar”, “sim kad”, “sim kad jimat” dan sebagainya. Kita perlu kreatif.  Luangkan masa untuk menyenaraikan kata kunci yang berkaitan.  Juga  boleh masukkan senarai pesaing-pesaing yang kita tahu dalam industri! Ini penting! Apa kata pengguna cari informasi pesaing dan website kita yang muncul! Kan ke best tuuu…

5) Masukan juga lokasi sasaran pasaran anda dan klik “Get ideas“:

 

SETERUSNYA…

6) Lihat hasilnya.. Jika kita perhatikan graf di bawah, lebih 200,000 carian berkaitan dengan industri anda dilakukanoleh pengguna Internet di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur pada setiap bulan.  Ini bermakna menjalankan perniagaan berkaitan dengan telekomunikasi mempunyai potensi pasaran dan permintaan yang sangat tinggi!  Lihat juga kata kunci yang biasa dicari di Google search engine di bawah tab “Ad group ideas“.

 

7)  Lihat tab bawah graf, kalau kita klik pada tab “Keyword ideas“, graf yang khusus untuk keyword yang di pilih tadi akan dipaparkan.  Kali ini, lebih 300,000 carian dilakukan terhadap kewyord yang anda pilih pada setiap bulan!

 

8) Kita juga boleh lihat senarai carian pada keyword anda di bawah tab “Keyword ideas” ini:

 

9) Sekarang kita tengok perniagaan yang hendak kita ceburi iaitu “onexox“.  Nampaknya puratanya lebih kurang hanya 1,300 pada setiap bulan. Normal bagi penyedia perkhidmatan yang baru bertapak dalam pasaran.   Tetapi lihat grafnya betul-betul.. semakin menaik di mana pada bulan September sahaja mencecah 4,400 carian di Google search engine!

OK ini bermakna I’m on the right track! Permintaan dan minat semakin bertambah! Nak buat bisnes ni sama tak? saya dah tolong buatkan sedikit research  Pengedar diperlukan hehe..

 

Itulah serba sedikit kajian pasaran dan permintaan yang boleh kita lakukan dalam Google AdWords: Keyword Planner ini.  Amacam? Kan tak rugi daftar Gmail tadi.. betul tak?

APA SETERUSNYA?

Mulakan dengan menyenaraikan kata kunci atau keyword yang berkaitan dengan perniagaan anda atau industri yang anda ceburi.  Senaraikan dua pulah (20) hingga tiga puluh (30) keyword tersebut.  Jalankan kajian dengan menggunakan Google AdWords: Keyword Planner terhadap senaraikeyword anda tadi.  Lepas itu kita buat keputusan sama ada hendak teruskan perniagaan  itu atau pun bersedia mencari perniagaan lain yang lebih mempunyai banyak permintaan!

Perniagaan kita akan meletop kalau ianya adalah passion kita.. dan dalam masa yang sama kalau mempunyai permintaan yang tinggi pula, ianya lebih dua (2) kali meletop-letop!

Juga simpan keyword tersebut untuk kegunaan kita pada masa hadapan.  Kita akan sentuh penggunaan keyword ini untuk tujuan yang lain tak lama lagi!

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

SWOT untuk Pertumbuhan Perniagaan

SWOT untuk pertumbuhan perniagaan ialah peta jalan ke arah penskalaan mampan. Ia mengubah tindakan reaktif… Read More

Oktober 17, 2025

Kuasai Ekonomi untuk Usahawan

Idea ekonomi asas boleh mengubah cara kita melihat keputusan. Inilah inti kepada Ekonomi untuk Usahawan,… Read More

Oktober 15, 2025

101 Contoh BMC #061 – Analisis BMC HokBen

Analisis BMC HokBen ini membongkar bagaimana syarikat menyusun model perniagaannya untuk mengekalkan pertumbuhan sambil mengimbangi… Read More

Oktober 13, 2025

Kisah Inspirasi Jimmy Choo

Kisah Inspirasi Perniagaan: Dato’ Jimmy Choo Pengenalan: Warisan yang Dijahit dengan Impian Dalam dunia fesyen… Read More

Oktober 10, 2025

Analisis SWOT Produk Baharu

Analisis SWOT produk baharu menyusun pemikiran strategik dalam empat kategori utama: Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan… Read More

Oktober 8, 2025

Gabungan SWOT dengan Kerangka Perniagaan Lain

Gabungan SWOT dengan Porter memberikan dua sudut pandangan—struktur industri dan kekuatan dalaman organisasi. Syarikat bukan… Read More

Oktober 6, 2025