Analisis BMC FedEx
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC CARPUT
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Bahasa / Language:

Apa itu Sales Funnel? Mari kita cuba faham konsep sales funnel – perjalanan prospek dari tahap kenal produk sehingga buat keputusan membeli.

Pengenalan

Hai semua! Pernah dengar tak tentang marketing funnel atau corong pemasaran? Kalau belum, jangan risau, kita berada di tempat yang betul. Dalam artikel ni, kita akan jelaskan apa itu sales funnel dengan gaya yang santai dan mudah difahami. Siapa tahu, mungkin artikel ni boleh jadi permulaan untuk kita ceburi dalam bidang pemasaran!

Apa Itu Sales Funnel?

Apa itu sales funnel?  Sales funnel ni sebenarnya analogi yang digunakan untuk menggambarkan perjalanan pelanggan dari mula kenal produk yang dipasarkan sampai mereka buat pembelian. Bayangkan macam corong – kat atas, ramai yang masuk, tapi makin ke bawah, makin kurang orang yang tinggal. Dalam konteks pemasaran, sales funnel ni membantu kita faham macam mana nak tarik perhatian pelanggan dan bawa mereka melalui setiap peringkat sampai jadi pelanggan setia.

Tahap-tahap dalam Sales Funnel

1. Kesedaran (Awareness)

Ni tahap pertama dalam sales funnel. Pada tahap ni prospek baru sedar tentang kewujudan produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.  Mereka baru tahu tentang produk, perkhidmatan ataupun jenama kita.  Contohnya, baru ternampak di papan iklan atau billboard tepi jalan.  Baru ternampak produk kita di atas rak kedai.  Baru dengar cerita dari kawan atau jiran.  Atau baru lalu iklan kat media sosial.

Kat sini, matlamat kita adalah untuk pastikan lebih ramai orang tahu tentang kewujudan produk atau perkhidmatan kita. Contohnya, kita boleh guna iklan di media sosial, buat sales letter, post blog yang menarik, atau SEO untuk tarik perhatian.  Kalau ada lebih bajet, boleh je nak buat billboard tu kan.  Paling kurang pun pasang banner atau bunting. Ini adalah step pemasaran pertama yang kita perlu buat untuk tingkatkan kesedaran pengguna.

2. Minat (Interest)

Tahap kedua, tak kenal maka tak cinta.  Prospek akan mula tertarik terhadap produk/perkhidmatan kita ni.  Dah mula minat nak tahu.  Kenapa diorang minat? Mungkin boleh selesaikan masalah prospek.  Atau juga beri nilai tambah, penuhi keperluan mereka  atau sesuai dengan selera prospek.

Ni mungkin kita boleh rujuk model bisnes, Business Model Canvas : Value Proposition.

Bila orang dah sedar tentang produk kita, langkah seterusnya adalah untuk buat mereka berminat. Ini boleh dicapai dengan menyediakan kandungan yang informatif dan berguna. Contohnya, kita boleh buat video demo, hantar e-mel yang menarik, atau adakan webinar.

Oh ya,  kalau buat pemasaran guna media sosial atau sales letter, selalunya action dia klik untuk WhatsApp kan?  Ha bila dia mula wasap kita, tu tanda prospek dah berminat!

3. Pertimbangan (Consideration)

Pada tahap ni, pelanggan mula menilai dan bandingkan produk kita dengan produk lain yang ada di pasaran.  Mereka akan buat research tentang produk-produk lain yang lebih kurang sama.  Kalau dalam Shopee atau Lazada, dia pegi baca komen-komen orang lain tentang produk.  Berkesan ke tak?  Berbaloi ke nak beli produk kita ni?  Harga pulak macam mana? Ada tak yang lebih murah.

Jadi, kita kena pastikan produk kita nampak lebih menarik. Kita boleh guna ulasan pelanggan, testimoni, atau demo produk untuk yakinkan mereka.  Seperti point nombor dua sebelum ni, kita perlu highlight value produk kita berbanding orang lain.  Boleh je nak buat harga murah dari yang lain, tapi ni berkaitan rapat juga dengan model bisnes kita dan juga strategi pemasaran.  Selain tu, perasan tak ada produk yang berganda mahal dari produk yang lain tapi masih jadi pilihan?

Maklumat-maklumat ni perlu kita sediakan dari awal ya.  Boleh jadi macam contoh wasap, prospek akan tanya macam-macam.  Jadi kita bagi jelah maklumat yang berkaitan.

 

4. Niat (Intent)

Dah tahu, berminat dan buat pertimbangan, lepas tu prospek mula lah ada niat membeli.  Kalau pelanggan dah mula tunjuk niat untuk beli – contohnya, mereka tambah produk kita ke dalam troli belian atau isi borang – kita kena cepat bertindak.

Beri mereka tawaran istimewa atau diskaun untuk galakkan mereka buat pembelian.  Contoh Shopee lagi sekali, masa tu ada diskaun dari penjual.  Ada pulak penghantaran free. Fuh!

Kalau guna whatsapp pulak, kena belajar kenal pasti niat membeli ni.  Kadang-kadang pembeli dah tak sabar nak beli dan tanya pasal harga, kita bagi maklumat lain yang buat mereka OFF.  Perlu ada keseimbangan dari ikut skrip close sale tu kan..

5. Pembelian (Purchase)

Yes, akhirnya pelanggan buat keputusan untuk beli produk kita! Pada tahap ni, pastikan proses pembayaran berjalan lancar dan beri sokongan pelanggan yang baik supaya mereka rasa puas hati.  Kalau bab online ni, jangan pulak isi macam-macam borang nak buat pembayaran!

6. Loyalti (Loyalty)

Lepas pelanggan beli, jangan berhenti di situ. Fokus untuk bina hubungan jangka panjang dengan mereka. Kita boleh adakan program kesetiaan, komunikasi berkala, dan sokongan selepas jualan untuk pastikan mereka jadi pelanggan setia.

7. Advokasi (Advocacy)

Kalau pelanggan rasa puas hati, mereka mungkin akan jadi penyokong setia kita dan promosikan produk kita kepada orang lain. Ulasan positif dan rujukan dari pelanggan macam ni sangat berharga.

Kenapa Sales Funnel Penting?

Sales funnel ni penting sebab:

  • Memahami Perilaku Pelanggan: Dengan faham setiap peringkat dalam funnel, kita boleh sesuaikan strategi pemasaran untuk penuhi keperluan pelanggan pada setiap tahap.
  • Mengoptimumkan Sumber: Kita boleh fokuskan sumber pemasaran pada tahap yang perlukan perhatian lebih. Contohnya, kalau ramai pelanggan terhenti pada peringkat awal, kita boleh perbaiki tahap kesedaran.
  • Meningkatkan Penukaran: Dengan optimalkan setiap peringkat, kita boleh tingkatkan kadar penukaran dari prospek kepada pelanggan.

Kesimpulan Apa itu Sales Funnel

Sales funnel adalah alat yang sangat berguna untuk pemasar moden. Dengan faham dan gunakan konsep ni, kita boleh tarik lebih ramai pelanggan, tingkatkan penjualan, dan bina hubungan jangka panjang yang kukuh dengan pelanggan. Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan perjalanan bisnes anda dengan membangunkan sales funnel hari ni!  Moga artikel “Apa itu Sales Funnel?” ini bermanafaat.

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026

Analisis BMC Mie Gacoan

Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More

Julai 12, 2026